Wednesday, July 8, 2009

Cuti-Cuti Di Krabi Thailand

Sawadikap.... kap.. kap... ucapan selamat datang yang selalu kedengaran di bumi Thailand. okey, sebelum ni aku post entry cuma gambo. kali ni aku coretkan serba sedikit pengalaman aku disana.

Aku dan member2 aku bercuti di Krabi, Thailand pada 4 Julai lepas. ari sabtu ler masa tu.. we all bercuti seramai 6 org jer. we all belepas dari LCCT tepat pukul 12.45pm waktu Malaysia dengan flight AirAsia AK804. lebih Kurang 13.05pm Waktu Thailand sampai. dalam 1 jam 30 minit sampai. tuk pengetahuan waktu Thailand lewat 1 jam dari Malaysia.

kami perlu melalui imigeresen Thailand. Staff imigeresen Thailand tak 'mesra alam' lansung. Kedekut dengan senyuman. Ucapan selamat datang 'sawadikap' pun tak kedengaran. pastu muka kelat semacam jer. aku dengan sorang kawan aku kutuk dia pun, entah dia paham ke tidak. memacam aku kutuk. aku kutuk dalam bahasa Banjar. member aku kutuk dalam bahasa jawanya.. hahahaha.. padan muka dia.

Bila semua urusan selesai di imigresen, kami disambut oleh wakil resort. Rupanya ada lagi rakyat malaysia yang disambut oleh wakil resort tersebut. cukuplah jumlah 10 org yang menginap di resort tersebut. kami dibawa menaikki Van ke resort. Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit ke resort. melalui pekan krabi dan kampung-kampung. suasana seperti kampung di malaysia.

Akhirnya sampai di Resort Ananta Burin. Wah.... Cantik resort ni. Kami disambut dengan ramah sekali. Kawan aku menguruskan urusan pembayaran bilik hotel dan pakej. Semasa proses tersebut, kami disajikan dengan sejenis minuman. Kaler hijau pisang. Air Serai katanya. Aku tak berani minum. Kunci bilik pun dapat. lupa aku nak bagitau berapa yang patut aku bayar seorang. Sorang cuma bayar 3090 baht (Rm309). Pakej termasuk penginapan 3 hari 2 malam dan 'Island Tour'. murah tu..

Bilik hotel, cantik.. 1st class. kongsi 2 org sebilik. full set lengkap dengan LCD TV dgn saluran TV setelit. peti sejuk. bilik mandi siap dgn TAB. macam org kaya lak rasanya. Aku tanya member kalau tak pakai pakej offer berapa? 5000 Baht semalam untuk bilik hotel sahaja.

petang hari pertama, we all melilau kat center point kat Pantai Ao Nang. perghhhh. Banyak tu kedai souvenir kat sini. Rambu mata aku kejap. sabar.. sabar.. hari masih panjang. so jalan2 je carik makan disebabkan perut dah lapar. carik betul2 rasa halal. akhirnya jumpa ler. Makan masakan thailand. sedap.

sebelah malam we all carik motor sebab dah x larat nak jalan kaki. Ambik motor sewa kat depan resort jer. puas juga bodek tokei motor sewa tuk dapatkan harga murah. Akhirnya dapat. dapat 180 baht dari harga 200 baht untuk 24jam. Harga 200 baht tu biasa. ambik 3 bijik. Yamaha Mio. kalau kat Malaysia dikenali dengan nama Yamaha E-GO. Aku tertarik dengan motor2 kat sini. yang menarik perhatian aku adalah Yamaha Mio FINO. model ni belum masuk pasaran malaysia lagi. Cantik siut model ni. Naik motor kat sini tak perlu pakai Helmet.

kami merayau lagi carik makan malam. akhirnya kami bersetuju untuk lepak makan malam di sebuah restoran 'atap buluh'. semua peralatan meja dan kerusi pakai buluh. order udang harimau bakar, kerang, ikan dan tomyam. semua halal. lepas makan, jejalan kejap kat center point pantai Aonang. pastu balik bilik sebab esok ade aktiviti lawat pulau.

Keesokkan harinya, kami breakfast dahulu. Tapi apa yang boleh kami makan. cuma roti bakar dengan teh @ kopi dan Juice sahaja. Sebab makanan lain berani nak sentuh kerana ragu dengan kehalalannya. maklumlah ternampak 'pork sousage' dan 'ham'. Non Halal.

Kami dijemput oleh wakil agen perlancongan dari pihak Phi Phi Island Tour lebih kurang jam 9 pagi waktu thailand. terus dibawa ke Jetty bot perlancongan. kat bawah ni korang tengok pakej tu.

09:00 Depart by Speed Boat, destination Phi Phi Islands.
  • 1st Stop Bamboo Island Wonderful desert island with superb beach and excellent coral reef to explore by snorkeling
  • 2nd Stop Hin Klarng Phi Phi’s No.1 snorkelling reef in the open sea, where the most coral fish are to be found
  • 3rd Stop Monkey Beach Well sheltered bay on P.P., home to all kinds of marine life and even some beach monkeys!
  • 4th Stop Tonsai Bay Delicious Thai lunch at beachside restaurant
  • 5th Stop Viking Cave Brief tour of cave with ancient wall paintings, where birds nests are collected for soup
  • 6th Stop Pi Leh Bay Hidden sea lagoon of outstanding beauty with high limestone cliffs on all sides
  • 7th Stop Lohsamak Bay Colourful snorkeling in clear, clam and shallow waters just off a small, quiet beach
  • 8th Stop Maya Bay Relax and admire the remarkable scenery from Leonardo Dicaprio’s The Beach movie

16:00 Return to pier + hotel transfer


*Package includes:
Hotel transfers
Drinking water & fruit & Lunch
Mask, snorkel, life jacket
Entrance fees
Accident insurance
English-speaking guide

kami dibawa menaikki bot laju untuk ke setiap destinasi pulau ini. Susah aku nak gambarkan keseronokkannya. korang tengok jelah gambar yang aku dah posting sebelum ini. makan tengahhari kat restoran tepi pantai. dilayan makan macam raja. sampai tak larat makan sebab lauk habis asik ditambah tanpa perlu diminta. MAKAN SAMPAI PUAS.

lepas makan dibawa lagi ke pulau-pulau yang sungguh cantik. dengan aktiviti snorkling. nampak banyak duyung dengan dugong.. hihihi.. yang pakai bikini ler. susah nak cerita keseoronokkannya. hanya gambor2 menjadi kenangan keseronokan.

balik je kat bilik hotel. aku terus capai skooter dan ronda sampai bandar Krabi tanpa pakai Helmet. Rupanya di bandar kena pakai helmet pagi penunggang hadapan. aku main belasah jer. nasib baik tak jumpa polis. puas pusing2 aku balik kat resort. tapi selamba je aku carik jalan ke resort. macama kau dah biasa jalan kat sini.

balik bilik aku mandi. pastu keluar balik nak carik makan malam dengan shopping souvenir dan menghabiskan duit-duit baht yang belut habis. kiranya shopping sakan ler aku malam tu. memacam aku beli. Tshirt, keychain, framed gambor dan macam2 lagi untuk diri dan kekawan pejabat. pastu balik bilik rehat sebab terlalu penat. sakit2 badan ni.

Esok kami berangkat pulang dengan pesawat Air Asia AK805 jam 1250pm waktu Thailand. dalam flight aku terkenang keindahan Krabi. Pasti aku akan kesana lagi. Mungkin HOONEYMOON.. ahahahhaha


1 comments:

rubal singh said...

Hi, you make mind blowing ideas about regarding MLM chandigarh Products.and a spectacular article here. Last time, when I saw your site this was a little good but today I visit the web site again and find that you guys making a very smart work on the site. Today Web surfing is run very fast and a huge competition over the web is spread. So it is quite interesting. Thanks…

Post a Comment